jOiN uS oN FACEBOOK

>

T & C

1. Untuk pertanyaan sila emel edible.artwork@yahoo.com. Sila letak SUBJECT, jangan biarkan kosong. Emel tanpa subject dianggap SPAM.  Mohon kerjasama anda (eg : Edible Print / Edible Editing).


2. Sila buat tempahan awal sebelum tarikh pengambilan/courier untuk memudahkan pihak Edible Artwork melakukan kerja-kerja editing dan printing.


3. Sila buat bayaran penuh terlebih dahulu selepas dapat pengesahan penerimaan tempahan dari Edible Artwork. Kerja-kerja editing atau printing tidak akan dilakukan jika bayaran tidak dibuat. Tempahan akan terbatal apabila bayaran tidak dibuat walaupun emel order telah di terima lebih awal.


Tempahan awal - 3 hari atau lebih sebelum pos/collect
Tempahan lewat - 2 hari sebelum pos/collect

4. Bagi tempahan lewat sila WhatsApp saya terlebih dahulu untuk pengesahan. Saya berhak menolak tempahan & memulangkan bayaran jika tempahan telah penuh.


5. Emel akan di balas dalam tempoh 48 jam.


6. Anda juga boleh WhatsApp (019-2776952) untuk sebarang pertanyaan. Digalakkan WhatsApp sbb panggilan mungkin tidak dijawab memandangkan saya juga bekerja.


7. Sebarang kerosakan SETELAH diambil oleh anda ataupun penghantaran dibuat, ia BUKAN tanggungjawab pihak  Edible Artwork. Sebarang tuntutan gantirugi tidak akan dilayan. Jika kesilapan printing/wording yang datang dari kesilapan Edible Artwork, penggantian semula atau gantirugi boleh di lakukan. Kos penggantian dan penghantaran semula kepada anda adalah tanggungan Edible Artwork.


8. Kelewatan pihak courier BUKAN tanggungjawab Edible Artwork. Sebarang gantirugi di sebabkan kelewatan atau kerosakan oleh pihak courier tidak akan di layan. Urusan pihak pos di luar kawalan Edible Artwork.


9. Edible Artwork juga boleh membatalkan tempahan & memulangkan kembali bayaran jika berlaku keadaan berikut:
i.  Kerosakan printer
ii. tempahan telah penuh
iii. Kehabisan stok
iv. Situasi luar jangka (kes kematian, kesihatan, bencana & lain2 situasi yang di luar kawalan)


9. Saya TIDAK AKAN print gambar/ayat berikut:
    a. Label mana-mana jenama arak
    b. Logo/imej perjudian
    c. Lambang/symbol mana-mana agama
    d. Tokoh/nabi mana-mana agama
    e. Ayat Al-Quran
    f. Gambar/perkataan lucah
    g. Mana-mana gambar atau ayat yang di fikirkan tidak sesuai


Terima kasih.